بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
*LARANGAN MENDAHULUI IMAM DALAM SOLAT*
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Nabi ﷺ bersabda:
أَمَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ ـ أَوْ لاَ يَخْشَى أَحَدُكُمْ ـ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الإِمَامِ أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ صُورَتَهُ صُورَةَ حِمَارٍ ".
Tidakkah seseorang yang mengangkat kepalanya sebelum imam takut nanti Allah akan menjadikan kepalanya kepala keldai atau Allah menjadikan rupanya rupa keldai.
_[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, no: 691]._
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُعَلِّمُنَا يَقُولُ " لاَ تُبَادِرُوا الإِمَامَ إِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا قَالَ وَلاَ الضَّالِّينَ . فَقُولُوا آمِينَ . وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ . فَقُولُوا اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ " .
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ mengajar kami, baginda bersabda: Janganlah kalian berlumba dengan imam. Apabila dia bertakbir, maka kalian bertakbirlah. Apabila dia menyebut 'waladhdollin' maka sebutlah amin. Apabila dia ruku', maka ruku'lah. Apabila dia menyebut 'samiallahu liman hamidah' maka sebutlah 'Allahumma rabbana lakal hamdu'.
_[Sahih Muslim, Kitab as-Solat, Bab an-Nahy 'an Mubadarah al-Imam bi at-Takbir wa Ghairuhu, hadis no: 415]_
Dalam riwayat lain yang seterusnya dalam Sahih Muslim disebutkan:
وَلاَ تَرْفَعُوا قَبْلَهُ
Janganlah bangun sebelum imam.
Ulama-ulama mazhab Syafie menyatakan bahawa wajib makmum mengikut imam dan haram untuk makmum mendahului imam dalam perbuatan solat. Imam al-Syafie telah menyebutkan pengharaman mendahului imam dalam menunaikan rukun solat.
Mengikut imam bermaksud mengikut apa yang telah imam lakukan. Ia bermaksud imam yang akan melakukan sesuatu perbuatan solat terlebih dahulu sebelum makmum. Begitu wajib mengikut imam dalam perkataan di mana imam yang akan menyebutkan terlebih dahulu kemudian baru diikuti makmum. Dikecualikan pada ucapan amin di mana digalakkan untuk bacaan amin makmum serentak dengan bacaan amin imam.
Adapun jika serentak dengan imam dalam perlakuan solat maka makruh hukumnya walau sah solatnya.
_#tazkirahalkahfi_
وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين،
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين
والله أعلم بالصواب
*سموگ الله ممعافكن سموا دوسا كيت والاوڤون باپق،*
*سموگ الله منريما عمالن كيت والاوڤون سديكيت...*
0 Comments