Perlawanan persahabatan hujung minggu ini berlangsung di Arena Bukit Kucing, yang merupakan venue favorite bagi ke dua-dua pasukan.
Parmah Legend bermula garang dengan menjaringkan gol pendahukuan pada minit ke empat perlawanan menerusi satu volley menarik dari penyerang mereka. Berselang sepuluh minit, mereka menjaringkan gol ke dua, sebelum dirapatkan kedudukan oleh Gota FC. Begitu pun mereka sekali lagi menjarakkan kedudukan menjadikan jaringan 3-1 sebelum masa rehat separuh masa pertama.
Tiada jaringan dilakukan pada separuh masa ke dua dengan gol terakhir dijaringkan Parmah Legend pada pertengahan separuh masa ke tiga.
Tahniah buat ke dua-dua pasukan yang beraksi dengan penuh semangat kesukanan.
0 Comments