Alhamdulillah dengan izinNYA, program *Jejak Kasih Rakan Jalanan 3.0* bakal diadakan pada hari *Ahad* ini *24/11/19*
*iCare* yang berdaftar sebagai label *Ngo-i Mais* dibawah kluster *ks06 Al-Riqab*, melaksanakan program menyatuni rakan gelandangan ini dasarnya adalah untuk menyebar kasih sayang melalui dakwah. Sekaligus membawa mesej penting bahawa status individu bukan ukuran dan penghalang kepada golongan ini untuk menerima layanan dan perhatian dari mana-mana pihak.
Melihat peri pentingnya menyantuni dan menyampaikan dakwah kepada golongan ini beberapa modul serta aktiviti telah dirancang sesuai dengan keperluan mereka.
Icare juga akan bergabung dengan 7 pertubuhan NGO yang juga bernaung di bawah NGO-i Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan bertemu dan menyantuni seramai 100 rakan jalanan (gelandangan) di sekitar bandar Klang dan Port Klang.
Justeru itu untuk menjayakan program ini, kami membuka peluang kepada yang berminat untuk menyumbangkan beberapa peralatan solat khasnya :
➡ Sejadah
➡ Telekung
➡ Kain Pelikat
➡ Air Mineral
Antara aktiviti yang akan dijalankan :
➡ Rawat Hati
➡ Solat Berjemaah di jalanan
➡ Sumbangan Makanan
Seramai 20 orang petugas dari iCare Puncak Alam yang akan mengikuti misi ini yang terdiri dari AJK dan Sukarelawan iCare.
Kepada para dermawan yang berhajat untuk berkongsi rezeki dengan menyumbang keperluan yang dinyatakan, boleh salurkan sumbangan anda ke dalam akaun iCare :
*KELAB SOSIAL DAN KEBAJIKAN CAKNA PUNCAK ALAM*
5628-4310-0666
(MAYBANK)
Semoga segala sumbangan ini menjadi asbab ke jalan dakwah yang diredhai dan dirahmati Allah.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi penyelaras program.
1) Pn Hjh Raja Sarimah
wasap.my/+60177741166
2) Pn Hjh Azita
wasap.my/+60163793619

0 Comments