Akademi Bola Sepak Puncak Syukur FC (PSFC) mengadakan klinik bola sepak secara percuma di Kampung Tebuan Puchau, Kuching pada minggu lalu.

Klinik ini dikendalikan oleh ketua jurulatih PSFC iaitu saudara Badrulsham, yang merupakan bekas pemain Kuala Lumpur.

Beliau berharap agar terdapat syarikat korporat yang sudi menaja kerja-kerja amal yang tidak berkonsepkan keuntungan ini. Melalui aktiviti-aktiviti bola sepak ini, ianya dilihat mampu mencegah para remaja dari terjebak dengan aktiviti tidak sihat.

Moga inisiatif ini mampu memberikan manfaat buat para peserta dari kampung tersebut dalam jangka masa panjang.


Sumber berita:

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/12/637503/psfc-beramal-anjurkan-klinik-bola-sepak