RM20 RIBU DURIAN RUNTUH BUAT PENGUNJUNG DAN PENERIMA SUMBANGAN ICARE



25 DIS 2019

Program Free Market bertemakan 'Back to School' kali ke 6 anjuran Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam atau sinonim disebut i-Care Puncak Alam , menyaksikan hampir 700 orang pengunjung hadir ke program tahunan ini.



Lokasi Taman Astana Astana Alam yang merupakan destinasi akhir melengkapkan siri jelajah Program Free Market iCare Back to School sekitar Bandar Puncak Alam yang telah dibuat sejak tahun 2015 lagi.

Kali ini berbekalkan sumbangan dari pihak korporat seperti Dagang Net Technologies Sdn Bhd, Surau Al Hidayah DRB HICOM, ZAKAT Selangor, Muslim Care Global (MCG) ADABI Consumer serta individu-individu berjaya memperoleh kutipan mencecah RM20,000.



Program ini ternyata tampil meriah dengan pelbagai barangan terutamanya barangan sekolah dan dapur.

Ptogram ini trlah dirasmikan oleh Penasihat iCare, Tn Hj Muhammad Rashid Mohd Kasim. Beliau menzahirkan kegembiraan serta memberikan sokongan semangat kepada semua petugas dan Ajk iCare.



Kemeriahan turut dikongsi bersama hampir 135 keluarga kategori asnaf, fakir, miskin dan miskin bandar yang hadir bawah kapasiti jemputan khas dari pihak iCare. Selain itu pihak iCare juga turut meraikan 11 guru agama di bawah kluster iCare Ngaji dan 5 orang asnaf pula diberi bantuan alatan niaga.

Kehadiran pasukan RHB Bank Berhad cawangan Tg Karang antara kaunter yang paling mendapat sambutan daripada para pengunjung selain gerai jualan hasil asnaf dari Kluster iCare Fashionista.

Selain itu, kanak-kanak juga kelihatan sangat gembira dan teruja kerana pada kali ini, kumpulan yang dipelopori oleh remaja Gen-3 telah menyantuni anak-anak yang hadir dengan mengadakan beberapa aktiviti menarik dan permainan minda sekaligus program ini kelihatan seperti sebuah karnival adanya.

Jelas kelihatan program yang dikemudikan oleh 47 orang petugas iCare yang telah bertungkus lumus sejak sehari sebelum lagi telah menyumbang secara langsung kepada kejayaan program kali ini.

Selain itu jentera iCare turut dibantu dengan kekuatan daripada Kelab ARC dan Jabatan Amal yang bertindak mengawal dan menjaga lalulintas dan  keselamatan pengunjung sepanjang program.

Kehadiran beberapa pemimpin dari sekitar seperti Pengerusi Persatuan Penduduk Astana Alam 1, Tn Hj Shafie Mokhtar, Pengerusi Persatuan Penduduk Astana Alam 2, Encik Rahim Dapit, Pengerusi JMB Astana Alam 2, En Nawawi Mohd Buchik turut menceriakan suasana sebagai tanda cakna dan prihatin kepada masyarakat setempat.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga iCare ucapkan kepada semua yang terlibat terutama penyumbang-penyumbang untuk program Free Market Back 2 School ini sehingga menjadikan program ini mencapai sasaran yang diharapkan.


*LIKE / COMMENT / SHARE*

Layari :

http://icarepalam.com

Email :

▶ En Fared Othman
Presiden iCare

presiden@icarepalam.com

▶ Hj Nizam
Timbalan Presiden iCare

timpresiden@icarepalam.com

▶ Pn Raja Sarimah
Setiausaha iCarr

setiausaha@icarepalam.com

▶ Noralisa Illies
Bendahari iCare

bendahari@icarepalam.com

▶ En Aman
Unit Media IT iCare

unitmedia@icarepalam.com


================
 ALAMAT PEJABAT
================
16A,  Tingkat 1, Lorong Naluri Sukma A8/A, Seksyen 8, Bandar Puncak Alam, 43200 Selangor.
*(atas kedai kek Desney)*


#icareprihatin
#icare4ummah
#icaredihatimu

Post a Comment

0 Comments