Pada hari ini, Ahad 26 September 2021, sekumpulan penunggang basikal gunung dari sekitar Bandar Puncak Alam telah memulakan expedisi mendaki Bukit Surabaya yang terletak di antara Alam Suria dan Fasa 3.
Laluan yang amat mencabar, terutamanya bagi penulis yang pertama kali menyertai aktiviti lasak kumpulan LNS@LNE...Lite&Easy.
Pendakian bermula dari jam 8 pagi dan berakhir lebih kurang jam 10.30 pagi. Kayuhan ini lebih kepada satu usaha mendakatkan hubungan antara penduduk sekitar Bandar Puncak Alam, memandangkan ahlinya terdiri dari semua mereka yang berada di fasa-fasa berlainan sekitar Puncak Alam.
0 Comments