Broker saham adalah satu badan atau organisasi yang menjadi perantara antara pelabur dan pasarah saham, sebagai contoh Bursa BSKL.
Makin ramai yang mula menyedari dan berjinak-jinak dengan dunia pelaburan sama ada saham di dalam atau luar negara. Bagi yang masih baru belajar, elok kiranya kita membiasakan diri dengan saham-saham di dalam negara terlebih dahulu.
Sebelum ini, saya pernah cuba membeli saham melalui broker-broker tempatan, namun mungkin akibat pengetahuan atau juga pendedahan yang kurang, maka hasrat hati itu terhenti begitu sahaja.
Namun, platform MooMoo ini saya jumpa secara todak sengaja melalui iklan di dalam mobile phone saya. Moga ianya menjadi pemangkin untuk saya belajar benda yang baru, dan mampu memberi pendedahan kepada mereka yang masih baru dalam bidang ini. Saya sendiri pun masih baru dalam bidang saham, walaupun ada membuat simpanan dalam unit amanah. Pengalaman memilih saham secara bebas memberikan satu kelainan dan menguji daya fikir kita untuk membuat pilihan terbaik berdasarkan profil kita sendiri.
Mengapa MooMoo?
- Anak syarikat Futu, syarikat yang tersenarai di NASDAQ USA
- Zero komisyen brokerage
- USD0.99 platform fee untuk setiap transaksi
- Realtime US Stock Market Data
0 Comments